awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular
GSF 2.0: Pelayar nekad berusaha bolos sekatan di Gaza - ZRA
Bekas Menteri Luar Iran kritik pendekatan AS selepas rundingan gagal

Perancis mulakan migrasi Windows ke Linux, perkukuh kedaulatan digital

Astro AWANI
Astro AWANI
12/04/2026
05:26 MYT
Perancis mulakan migrasi Windows ke Linux, perkukuh kedaulatan digital
Langkah berkenaan merangkumi rombakan infrastruktur digital kerajaan, termasuk sistem operasi, alat kolaborasi, perisian keselamatan serta pengurusan pangkalan data, dengan matlamat memastikan data nasional kekal di bawah kawalan Perancis. -Gambar fail
Kerajaan Perancis secara rasmi memulakan proses peralihan sistem operasi komputer daripada Microsoft Windows kepada Linux sebagai langkah strategik untuk memperkukuh kedaulatan digital negara dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing.
Arahan yang dikeluarkan oleh Direktorat Digital Antara Kementerian (DINUM) itu mewajibkan semua kementerian membentangkan pelan migrasi menyeluruh melibatkan kira-kira 2.5 juta penjawat awam di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.
Langkah berkenaan merangkumi rombakan infrastruktur digital kerajaan, termasuk sistem operasi, alat kolaborasi, perisian keselamatan serta pengurusan pangkalan data, dengan matlamat memastikan data nasional kekal di bawah kawalan Perancis.
Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan dasar itu, alat kolaborasi komersial seperti Microsoft Teams dan Zoom dilaporkan akan digantikan dengan platform persidangan video tempatan, sementara kementerian diberikan fleksibiliti untuk memilih pengedaran Linux yang paling sesuai dengan keperluan operasi masing‑masing.
Keputusan berkenaan turut disandarkan kepada pengalaman Gendarmerie Nationale, yang telah menggunakan sistem berasaskan Ubuntu sejak 2008, sekali gus menunjukkan kebolehlaksanaan perisian sumber terbuka pada skala besar dalam sektor awam.
Menteri Tindakan Awam dan Akaun, David Amiel, menegaskan inisiatif itu penting bagi membolehkan Perancis mengambil semula kawalan terhadap ekosistem digital negara, selain mengurangkan risiko keselamatan dan ketidaktentuan kos daripada penyedia teknologi luar.
Peralihan tersebut dijadual dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan agensi digital pusat sebelum diperluaskan ke seluruh jabatan kerajaan, bagi memastikan gangguan minimum terhadap penyampaian perkhidmatan awam sepanjang proses migrasi.
Topic Berkaitan
#Perancis
#linux
#kedaulatan digital
#sektor awam
#teknologi kerajaan
#perisian sumber terbuka
#keselamatan data
#eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.