awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perayaan Gawai disambut penuh tradisi di Kampung Iban, Sabah

Astro Awani
Astro Awani
02/06/2020
05:36 MYT
Perayaan Gawai disambut penuh tradisi di Kampung Iban, Sabah
Kumpulan ini sudah mula menghuni perkampungan berkenaan sejak 1956 dan apa yang menariknya adalah mereka masih lagi mengekalkan adat dan tradisi etnik Iban. FOTO: Astro AWANI
Sambutan Hari Gawai yang diraikan pada 1 Jun saban tahun kini bukan sahaja diraikan di Sarawak.
Malah perayaan sama juga diraikan komuniti Iban yang menetap di Kampung Iban di Kuala Nansang, Tawau, Sabah.
Kumpulan ini sudah mula menghuni perkampungan berkenaan sejak 1956 dan apa yang menariknya adalah mereka masih lagi mengekalkan adat dan tradisi etnik Iban.
Biarpun sambutan tahun ini diraikan dengan berbeza disebabkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun kesederhanaan ini tidak bermakna melupakan tradisi asli perayaan Hari Gawai.
Menurut Jua Sibat yang merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Dayak Iban Tawau, saban tahun mereka meraikan Hari Gawai dengan melakukan adat Piring Ngalu.
Malah acara pantun Iban turut diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara tuan rumah dan tetamu. “Acara berpantun ini merupakan satu permainan tradisi yang disertai golongan tua dan muda serta banyak menyentuh mengenai kehidupan seharian kami,” kata Jua Sibat.
Kesederhanaan suasana sambutan di Kampung Iban turut dirasai Yunizar Parilla Emmamud yang berkahwin dengan suaminya yang berasal dari kampung tersebut.
Walaupun bukan berketurunan Iban, dia tidak berdepan sebarang masalah meraikan Hari Gawai bersama keluarga suaminya.
“Sepanjang saya merayakan Hari Gawai di sini, saya tidak berdepan sebarang masalah meraikan sambutan ini bersama keluarga suami.
“Malah mereka menghormati setiap perbezaan dan paling penting memahami antara satu sama lain,” tambahnya.
Kampung Iban Kuala Nansang kini didiami seramai 445 orang dengan 66 buah rumah dan rata rata mereka mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Dayak
#Hari Gawai
#Kuala Nansang
#Persatuan Dayak Iban Tawau
#Piring Ngalu
#PKPB
#Sabah
#Sarawak
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan