awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan SRC: Najib belanja RM240,000 untuk Malaysian Digest - Saksi

Firdaus Azil, Saraya Mia
Firdaus Azil, Saraya Mia
23/04/2019
13:59 MYT
Perbicaraan SRC: Najib belanja RM240,000 untuk Malaysian Digest - Saksi
Najib sewaktu keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini selepas perbicaraan kes beliau yang didakwa atas tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. - BERNAMA
Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan sejumlah RM240,000 pada 2015 untuk urusan pengendalian laman web berita Malaysian Digest, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Saksi pendakwaan ke-16, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, wang berkenaan telah diberikan melalui sebuah cek kepada syarikat beliau iaitu Vital Spire Sdn Bhd, yang juga merupakan pengendali laman web berkenaan.
Ketika disoal peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengenai fungsi laman web itu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang berkata, ia bertujuan untuk menyediakan berita alternatif kepada rakyat Malaysia.
"Malaysian Digest menyediakan berita yang lebih adil, dan terbuka, kepada semua rakyat Malaysia. Selain itu ia juga menyediakan laman berita antarabangsa, sukan dan juga hiburan," katanya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Ditanya adakah beliau setuju bahawa laman berita berkenaan turut digunakan untuk menilai sentimen rakyat terhadap kerajaan ketika itu iaitu Barisan Nasional, Onn Hafiz bersetuju.
Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Jika sabit kesalahan, Najib boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Malaysian Digest
#Muhammad Shafee Abdullah
#Najib Razak
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan