awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
PGA Lahad Datu rampas pelbagai barang RM 4.1 juta di ESSZONE
Dua nelayan Indonesia diselamatkan selepas hanyut ke perairan Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Slovak letak jawatan ekoran krisis politik

Bernama
Bernama
08/05/2023
03:00 MYT
Perdana Menteri Slovak letak jawatan ekoran krisis politik
Heger berkata beliau menyerahkan kepada presiden dan kerajaan sementara untuk membawa Slovakia kepada pilihan raya yang bebas dan demokratik. - Foto REUTERS
LONDON: Perdana Menteri sementara Slovakia Eduard Heger mengumumkan peletakan jawatannya, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan pada Ahad.
Heger yang mengetuai kerajaan sementara selepas gabungan empat partinya sendiri tumbang pada Disember tahun lepas, menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Zuzana Caputova.
"Saya telah meminta presiden membatalkan mandat saya," kata Heger yang terkenal atas sokongan padunya terhadap Ukraine menentang Rusia dalam perang semasa.
Heger berkata beliau menyerahkan kepada presiden dan kerajaan sementara untuk membawa Slovakia kepada pilihan raya yang bebas dan demokratik.
Awal minggu ini, Menteri Pertanian Heger Samuel Vlcan memutuskan untuk berundur dan diikuti peletakan jawatan Menteri Luar Rastislav Kacer.
Sementara itu, Caputova dilaporkan mengesahkan bahawa kerajaan teknikal akan dilantik pada 15 Mei.
Ludovit Odor yang juga timbalan ketua Bank Negara Slovakia akan berkhidmat sebagai ketua kabinet sehingga pilihan raya mengejut pada September.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Eduard Heger
#Perdana Menteri
#Slovakia
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan