awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri umum Pelan Pemulihan Ekonomi jam 3 petang ini

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2020
00:52 MYT
Perdana Menteri umum Pelan Pemulihan Ekonomi jam 3 petang ini
Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini, perutusan khas Perdana Menteri mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek hari ini, pasti dinanti-nantikan. - Gambar fail
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek pada jam 3 petang ini.
Astro AWANI akan membawakan pelbagai perbincangan dan analisis berhubung pelan berkenaan sepanjang hari ini.
Pelan berkenaan diumumkan sehari selepas Malaysia dilapor mencatat defisit dagangan pada April, kali pertama selepas merekodkan lebihan dagangan untuk 269 bulan berturut-turut, akibat penularan COVID-19.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membayangkan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek untuk Jun sehingga Disember 2020 akan memfokuskan kepada empat ciri utama.
Ia merangkumi ‘tangkas dan dinamik’, pengutamaan kepada ‘kerjasama sektor awam-swasta’, ‘komunikasi menyeluruh dan capaian meluas’ dan ‘pendekatan berdasarkan data’.
Dalam Laporan Ketujuh Pencapaian Prihatin-Laksana yang dibentangkan 2 Jun lalu, Tengku Zafrul menjelaskan, ERP Jangka Pendek ini akan tetap tertumpu kepada tiga matlamat utama.
Ini termasuk ‘memperkasakan rakyat’, ‘melonjakkan perniagaan‘ dan ‘merangsang ekonomi’.
Tegasnya, ERP ini merupakan kesempatan negara mengambil peluang baru yang terhasil daripada krisis COVID-19 untuk bergerak ke hadapan.
Laksana merupakan Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membantu melancarkan penyampaian inisiatif Prihatin kepada rakyat.
Prihatin merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion yang diumumkan Perdana Menteri hujung Mac lalu bagi menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban semua dalam menangani impak COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#defisit dagangan
#ekonomi
#ERP
#jangka pendek
#Kementerian Kewangan
#Muhyiddin Yassin
#pelan pemulihan ekonomi
#Perdana Menteri
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan