awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri zahir rasa kehilangan atas pemergian kartunis Ikhsan

Bernama
Bernama
01/12/2020
11:00 MYT
Perdana Menteri zahir rasa kehilangan atas pemergian kartunis Ikhsan
Muhyiddin sebagai peminat seni lukisan, berkongsi rasa kehilangan apatah lagi lukisan Mohamad Ikhsan banyak digunakan untuk menyebar mesej kesedaran berkenaan COVID-19. -Gambar/ Facebook @Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ni mengucapkan takziah kepada keluarga kartunis ilustrasi digital, Mohamad Ikhsan Kamarudin yang meninggal dunia pagi tadi.
Menerusi catatan yang dimuat naik di laman sosial Facebook, perdana menteri sebagai peminat seni lukisan, berkongsi rasa kehilangan apatah lagi lukisan Mohamad Ikhsan banyak digunakan untuk menyebar mesej kesedaran berkenaan COVID-19.
"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan ahli keluarga tersayang, pemergiannya satu kehilangan kepada semua.
"Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham dan menempatkannya bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh," kata Muhyiddin menerusi kenyataan itu.
Menurut akaun Facebook Artortoise, Ikhsan yang juga pengasas kumpulan itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.37 pagi tadi.
Allahyarham berusia 35 tahun sebelum ini menerima rawatan Hepatitis B di Hospital Selayang sejak 22 Okt lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Facebook
#PM
#laman sosial
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan