awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan Johor selamatkan tapir jantan sesat di Jementah

Bernama
Bernama
07/04/2020
16:24 MYT
Perhilitan Johor selamatkan tapir jantan sesat di Jementah
Tapir jantan itu dilepaskan ke Taman Negara Endau Rompin dan operasinya selesai sekitar pukul 3.30 awal pagi melibatkan kekuatan seramai 12 anggota. - Bernama
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor berjaya menyelamatkan seekor tapir jantan dewasa yang tersesat dan berkeliaran di sebuah kilang di Jementah, dekat Segamat, petang semalam.
Pengarahnya, Salman Saaban berkata pihaknya menerima aduan mengenai mamalia berkenaan pada pukul 3.45 petang sebelum sepasukan kakitangan Perhilitan dan Pasukan Operasi Bersepadu Khazanah Zon Selatan bergegas ke lokasi yang terletak berdekatan dengan sebuah ladang kelapa sawit, berhampiran Hutan Simpan Jementah dan kira-kira 15 kilometer dari bandar Segamat.
"Operasi tangkapan tapir dijalankan bermula pada pukul 5.15 petang pada hari yang sama. Selepas itu, tapir jantan itu dilepaskan ke Taman Negara Endau Rompin dan operasinya selesai sekitar pukul 3.30 awal pagi melibatkan kekuatan seramai 12 anggota," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata dengan operasi menyelamat tapir itu, risiko haiwan berkenaan menjadi mangsa kemalangan jalan raya serta pemburu haram dapat dikurangkan.
"Dalam masa yang sama, Perhilitan akan terus menjalankan usaha-usaha menyelamat hidupan liar di negara ini selaku barisan hadapan dalam pemuliharaan hidupan liar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perhilitan
#Jementah
#operasi
#Taman Negara Endau Rompin
#Tapir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan