awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan lapor polis individu cabut misai harimau belang

Bernama
Bernama
10/11/2023
06:49 MYT
Perhilitan lapor polis individu cabut misai harimau belang
Tular video berdurasi kira-kira 24 saat menunjukkan beberapa lelaki bertindak mencabut misai harimau belang berkenaan beberapa kali. - Gambar/ Perhilitan
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membuat laporan polis berhubung tindakan beberapa individu mencabut misai harimau belang yang ditemui mati dipercayai dilanggar treler di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran hentian sebelah Gua Tempurung semalam.
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata laporan oleh pihaknya dilakukan di Balai Polis Kampung Simee di sini petang semalam.
"Tindakan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 68 (c) (Akta A1646) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022.
"Mereka yang memiliki atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya termasuk terbitannya seperti kuku, tulang, kulit, misai, tanpa kebenaran jika sabit kesalahan hendaklah didenda tidak kurang RM150,000 dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata karkas harimau jantan berusia anggaran 8 tahun ke 10 tahun itu telah selesai dibedah siasat di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Sungkai (NWRC) semalam dan siasatan lanjut masih dilakukan pihaknya.
"Semasa saya membuat pemeriksaan, hanya misai yang hilang manakala kuku, gigi, taring dan lain-lain masih ada pada harimau itu," katanya.
Yusoff mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak mencuri sebarang anggota milik harimau belang sekiranya menemui bangkai haiwan itu bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan tegas.
Semalam, harimau belang jantan itu yang dipercayai dilanggar lori treler ditemukan mati di tepi pembahagi jalan berdekatan lebuh raya terbabit.
Harimau belang itu juga dipercayai adalah binatang yang dilaporkan menyerang ternakan dan menimbulkan kegusaran penduduk sekitar Kampar sebelum ini.
Turut tular video berdurasi kira-kira 24 saat menunjukkan beberapa lelaki bertindak mencabut misai harimau belang berkenaan beberapa kali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Harimau belang
#Lebuh Raya PLUS
#curi misai
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan