awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2023
04:30 MYT
Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang
Penampakan 'sang bedal' yang mencetuskan kebimbangan orang awam. Foto: Perhilitan Selangor
SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah susulan menerima aduan awam berkaitan kelibat reptilia tersebut.
Sehubungan itu, pihaknya menjalankan operasi memasang perangkap buaya yang dianggarkan berukuran lima hingga enam kaki.
"Tasik ini berhampiran dengan penempatan dan kawasan popular untuk pemancing.
“Seramai 20 anggota Perhilitan Selangor terlibat dalam operasi tangkapan ini yang menggunakan umpan daging ayam,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai menampakkan 'sang bedal' yang mencetuskan kebimbangan orang awam terutamanya penduduk apartment Saujana berhampiran tasik berkenaan.
Justeru, Perhilitan Selangor menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa melakukan sebarang aktiviti di kawasan tersebut.
“Sehingga kini, kami masih membuat pemantauan di sekitar tasik sehinggalah buaya ini berjaya ditangkap,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tasik Kiambang
#buaya
#Serendah
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan