awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan Terengganu terima 12 aduan berkaitan harimau

Sinar Harian
Sinar Harian
19/09/2022
00:45 MYT
Perhilitan Terengganu terima 12 aduan berkaitan harimau
Kelibat seekor harimau belang yang ditemui oleh pengguna jalan raya di Dungun pada Jumaat lalu. - Foto media sosial
KUALA TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menerima sebanyak 12 aduan berkaitan harimau belang sejak Januari hingga Ogos lalu.
Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, kebanyakan aduan berkaitan harimau belang yang diterima sepanjang tahun ini adalah melibatkan daerah Dungun dan Kemaman.
Menurutnya, kes penemuan harimau terbaharu adalah pada Jumaat lalu berhampiran laluan masuk ke Plaza Tol Dungun, Dungun oleh pengguna jalan raya.
“Perhilitan sudah menjalankan siasatan tentang penemuan ini dan berjaya menemui kesan tapak kaki harimau di kawasan berkenaan namun ia tidak berapa jelas.
“Kita percaya harimau belang ini adalah harimau yang sama dari Hutan Bukit Bauk kerana lokasinya terletak tidak jauh dari hutan tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Ahad.
Sementara itu Kean Seong berkata, orang ramai perlu melaporkan sebarang penemuan berkaitan harimau kepada Perhilitan bagi membolehkan pemantauan dan tindakan sewajarnya diambil.
Beliau turut menasihati masyarakat supaya tidak turun dari kenderaan dan cuba mendekati haiwan berkenaan semata-mata untuk mengambil gambar kerana ia boleh mengundang bahaya.
“Seeloknya terus beredar dari lokasi dan segera hubungi Perhilitan.
“Kita juga minta tidak menularkan penemuan harimau dalam media sosial, tindakan itu boleh membahayakan haiwan ini kerana ia mungkin diburu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan