awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan terima laporan kehadiran buaya di Pantai Purnama

Bernama
Bernama
24/02/2025
13:00 MYT
Perhilitan terima laporan kehadiran buaya di Pantai Purnama
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menerima laporan kehadiran seekor buaya di Pantai Purnama, dekat sini dipercayai reptilia sama yang muncul di Pantai Cermin sebelum ini. - Foto hiasan
PORT DICKSON: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menerima laporan kehadiran seekor buaya di Pantai Purnama, dekat sini dipercayai reptilia sama yang muncul di Pantai Cermin sebelum ini.
Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan Faizal Izham Pikri berkata pihaknya menerima laporan itu daripada Majlis Perbandaran Port Dickson sebelum menghantar pasukan bagi melakukan pemantauan.
"Pasukan kita ke lokasi hari ini tetapi buaya itu tidak kelihatan, esok kita akan buat pemantauan lagi.
"Setakat ini kita syaki buaya itu sama dengan buaya di Pantai Cermin, kita akan kenal pasti lokasi sebenar penemuan buaya itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Faizal Izham menasihati orang ramai supaya berhati-hati serta menjaga keselamatan diri dan keluarga, selain tidak melakukan provokasi sekiranya ternampak buaya terbabit serta segera melaporkan kepada Jabatan Perhilitan negeri atau pihak berkuasa lain.
Tular menerusi video di aplikasi media sosial mendakwa terdapat buaya di Pantai Purnama dan Pantai Teluk Kemang, iaitu lokasi pantai paling menjadi tumpuan di daerah ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#buaya
#Pantai Purnama
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan