awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung UMNO bakal bincang isu mansuh SJKC - Mohamad Azli

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2014
03:58 MYT
Perhimpunan Agung UMNO bakal bincang isu mansuh SJKC -  Mohamad Azli
MOHD AZLI: Perbincangan itu akan berlangsung kerana SKJC digunakan oleh pihak pembangkang untuk cuba menyemai isu perkauman dan anti kerajaan.
Perhimpunan Agung UMNO 2014 bakal membincangkan isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sama ada ia perlu diteruskan atau dimansuhkan.
Menurut laporan Utusan Online yang memetik kata-kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad, perbincangan itu akan berlangsung kerana SKJC digunakan oleh pihak pembangkang untuk cuba menyemai isu perkauman dan anti kerajaan.
"Tindakan ini amat penting kerana tidak ada negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem pendidikan dua aliran. Sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah mesti di bawah satu payung sahaja.
"Kita mahu membasmikan sentimen perkauman yang sering dipolitikkan oleh golongan yang cetek pemikiran politiknya," katanya, sambil menambah UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara mahu semua SJKC diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan sepenuhnya dan bukannya dibiarkan bebas seperti sekarang.
Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim turut mengutarakan pendapatnya untuk menghentikan pembinaan SKJC atas alasan ia tidak menyumbang kepada perpaduan nasional dan meretakkan hubungan antara kaum.
Razali turut berkata pertambahan SJKC juga bertentangan dengan persetujuan jumlah membenarkan pengendalian dan kewujudan sekolah vernakular yang telah ditetapkan.
Topic Berkaitan
#mansuh sjkc
#Mohamad Azli Mohemed Saad
#SJKC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan