awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut kemalangan lima kenderaan
Asha Bhosle meninggal dunia, ulangi duka pemergian Lata Mangeshkar
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan bantah kekejaman di Rakhine, 44 etnik Rohingya ditahan

Hakim Rahman
Hakim Rahman
30/08/2017
10:21 MYT
Perhimpunan bantah kekejaman di Rakhine, 44 etnik Rohingya ditahan
Polis menahan 44 warga Rohingya yang melakukan perhimpunan haram di ibu negara tengahari tadi. - Foto Twitter.com / AseanRohingyaCenter @AseanRohingya
Polis menahan 44 warga Rohingya yang melakukan perhimpunan haram di hadapan bangunan Lembaga tabung Haji (TH) di Jalan Tun Razak, di sini tengahari tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mereka ditahan kerana cuba melakukan provokasi ketika diminta polis untuk bersurai selepas menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar.
"Namun, apabila sudah diserahkan memorandum itu, mereka terus berkumpul dan bertindak agresif sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menahan mereka," katanya.
Terdahulu, lebih 1,000 warga Rohingya berkumpul di hadapan kedutaan berkenaan sejak pukul 8 pagi untuk berarak bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar kekejaman dan pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar.
Amar Singh berkata undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak membenarkan warga asing membuat sebarang demonstrasi dan perhimpunan.
Perhimpunan yang hanya bersurai pada 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan kesesakan di Jalan Tun Razak.
Topic Berkaitan
#Myanmar
#Rakhine
#Rohingya
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan