awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan hingga 22 Julai

Bernama
Bernama
06/07/2016
04:39 MYT
Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan hingga 22 Julai
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Esszone akan dilanjutkan sehingga 22 Julai, kata Datuk Abdul Rashid Harun.
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 22 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.
Beliau berkata perintah berkurung itu, yang berkuat kuasa dari 7 malam hingga 5 pagi, membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
"Dengan berkuat kuasanya perintah berkurung ini, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah (dan orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada) di kawasan yang telah diisytiharkan pada waktu dinyatakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Rashid berkata langkah meneruskan perintah berkurung itu adalah bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas yang boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa serta pelancong yang berkunjung ke pulau-pulau peranginan di kawasan terbabit.
Beliau berkata berdasarkan maklumat diterima, kumpulan dari selatan Filipina yang menjalankan kegiatan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh di perairan Esszone untuk melakukan jenayah rentas sempadan yang lain.
Katanya, selain untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Sabah, perintah berkurung itu juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas pergerakan serta menimbulkan rasa selamat dalam kalangan pengusaha chalet dan nelayan melalui kehadiran anggota keselamatan.
Abdul Rashid berkata pihaknya juga telah menurunkan kuasa kepada semua ketua polis daerah di kawasan perintah berkurung itu untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan serta laluan yang mendesak.
Topic Berkaitan
#Abdul Rashid Harun
#ESSZONE
#perintah berkurung
#Zon Keselamatan Timur Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan