awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian hanya tercapai jika AS hormati hak Iran - Mohammad Bagher Ghalibaf

Astro AWANI
Astro AWANI
11/04/2026
07:52 MYT
Perjanjian hanya tercapai jika AS hormati hak Iran - Mohammad Bagher Ghalibaf
Kenyataan itu dibuat sejurus beliau tiba bagi mengetuai delegasi Tehran untuk memulakan rundingan bersemuka yang disifatkan Iran sebagai penting dalam usaha meredakan konflik yang berlarutan sejak enam minggu lalu di Asia Barat. -Foto X
Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf berkata Amerika Syarikat (AS) perlu mengiktiraf hak kedaulatan Iran sekiranya mahu mencapai sebarang perjanjian dalam pusingan rundingan diplomatik yang berlangsung di Pakistan, hari ini.
Kenyataan itu dibuat sejurus beliau tiba di sini bagi mengetuai delegasi Tehran untuk memulakan rundingan bersemuka yang disifatkan Iran sebagai penting dalam usaha meredakan konflik yang berlarutan sejak enam minggu lalu di Asia Barat.
Memetik laporan agensi berita rasmi Iran, IRNA, Mohammad Bagher Ghalibaf menegaskan Iran hadir ke Islamabad dengan niat yang jujur, meskipun beliau mengakui wujudnya ketidakpercayaan terhadap Washington.
Beliau turut merujuk kepada kegagalan Amerika Syarikat sebelum ini dalam memenuhi komitmen sepanjang rundingan terdahulu sebagai antara punca utama hubungan tegang antara kedua-dua negara.
Menurut Mohammad Bagher Ghalibaf, sebarang persetujuan baharu hanya boleh dicapai sekiranya AS menunjukkan kesediaan untuk menghormati hak Iran, termasuk dalam isu berkaitan keselamatan serantau dan ekonomi.
Delegasi Iran dilaporkan tiba lewat malam Jumaat menaiki pesawat yang dikenali sebagai “Minab 168”, beberapa jam sebelum ketibaan delegasi Amerika Syarikat yang diketuai Naib Presiden J.D. Vance, yang mendarat sebentar tadi.
Rundingan berkenaan dijadualkan berlangsung di bawah kawalan keselamatan ketat dengan pengantaraan kerajaan Pakistan yang bertindak sebagai pemudah cara dialog.
Setakat ini, situasi di ibu negara Pakistan dilaporkan kekal terkawal dengan penutupan beberapa jalan utama bagi memastikan kelancaran proses diplomatik berkenaan.
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#mohammad bagher ghalibaf
#rundingan diplomatik
#Pakistan
#konflik Asia Barat
#kedaulatan negara
#keselamatan serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan