awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Pesara kerajaan, bekas pengerusi kuil didakwa kemuka tuntutan palsu RM50,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan kereta kabel tergendala, 150 pengunjung Bukit Bendera terkandas

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
03/10/2020
09:35 MYT
Perkhidmatan kereta kabel tergendala, 150 pengunjung Bukit Bendera terkandas
Seramai 150 pengunjung Bukit Bendera termasuk warga emas dan kanak-kanak terkandas di Stesen Tengah pusat peranginan itu pada petang Sabtu. - Foto ihsan JBPM
GEORGE TOWN:Seramai 150 pengunjung Bukit Bendera termasuk warga emas dan kanak-kanak terkandas di Stesen Tengah pusat peranginan itu pada petang Sabtu.
Menurut Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Noor Zahidi Ahad, pihaknya menerima panggilan daripada salah seorang penumpang yang terkandas pada jam 2.33 petang.
Susulan laporan itu, sepasukan anggota penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati kesemua mangsa terkandas di stesen tengah di pusat peranginan tersebut.
Katanya, usaha membawa turun mangsa terkandas sudah dilakukan dan semua mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Perkhidmatan kereta api funikular mengalami gangguan.
Perkhidmatan kereta api funikular mengalami gangguan.
"Sepasukan anggota bergerak ke lokasi dengan jentera bersama kenderaan pacuan empat roda dan berjaya membawa turun ke semua mangsa," kataya.
Sementara itu, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan mengenai kejadian dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Menurut kenyataan tersebut, perkhidmatan funikular Bukit Bendera sedang mengalami gangguan buat sementara waktu.
Dilaporkan pihak pengurusan sedang berusaha menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.
Topic Berkaitan
#Bukit Bendera
#terkandas
#kereta kabel
#Stesen Tengah
#paya terubong
#funikular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan