awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis laksana waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan

Bernama
Bernama
28/02/2025
07:18 MYT
Perlis laksana waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan
Mohd Shukri berkata pelaksanaan WBF bagi petugas jabatan Persekutuan pula tertakluk kepada keputusan ketua jabatan masing-masing. - Gambar fail/Bernama
KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis menetapkan waktu bekerja fleksi (WBF) bagi penjawat awam negeri sepanjang Ramadan dengan membenarkan mereka pulang awal pada Jumaat.
Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 26 Feb lepas bagi menjaga kebajikan penjawat awam di negeri ini.
"Sepanjang Ramadan tahun ini, waktu bekerja bagi penjawat awam negeri pada Jumaat ditetapkan bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.
"Semua ketua jabatan bertanggungjawab memastikan perkhidmatan, termasuk operasi kaunter, berjalan lancar dan tidak terjejas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan WBF bagi petugas jabatan Persekutuan pula tertakluk kepada keputusan ketua jabatan masing-masing.
Mohd Shukri turut berharap keistimewaan itu dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan ibadah dan ketakwaan sepanjang Ramadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perlis
#Ramadan
#penjawat awam
#Waktu Bekerja Fleksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan