awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Kepulauan Talaud, gegaran dirasai hingga Manado
Lima negara EU desak cukai keuntungan luar biasa terhadap sektor tenaga fosil
Gempa bumi 6.0 magnitud landa 90km tenggara Sarangani, Filipina - USGS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis, sebahagian Kedah dan Perak alami gelombang haba

Bernama
Bernama
28/03/2026
02:43 MYT
Perlis, sebahagian Kedah dan Perak alami gelombang haba
MetMalaysia memaklumkan daerah yang terlibat dengan gelombang haba di Kedah ialah Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena dan Kota Setar. - Gambar hiasan
Lima daerah di Kedah, selain Hulu Perak di Perak serta seluruh negeri Perlis merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah yang terlibat dengan gelombang haba di Kedah ialah Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena dan Kota Setar.
Berdasarkan rekod yang dikemas kini di laman rasmi MetMalaysia, beberapa kawasan lain di Kedah merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga melibatkan Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pulau Langkawi.
Cuaca panas Tahap 1 turut dilaporkan di Perak Tengah, Kinta, Kuala Kangsar dan Selama di Perak; Timur Laut serta Daerah Utara di Pulau Pinang; Jerantut di Pahang; dan Lubok Antu di Sarawak.
Kriteria cuaca panas Tahap 2 atau gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius, manakala Tahap 1 pula melibatkan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
Kedua-dua tahap ini direkodkan apabila suhu berkenaan berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#cuaca panas
#Kedah
#Perak
#gelombang haba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan