awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlombongan haram: Negeri Sembilan tidak tolak kemungkinan penglibatan pihak luar

Bernama
Bernama
31/05/2023
13:54 MYT
Perlombongan haram: Negeri Sembilan tidak tolak kemungkinan penglibatan pihak luar
Aminuddin berkata ia berdasarkan pemerhatian terhadap kepakaran yang digunakan dalam aktiviti perlombongan haram tersebut yang dikesan di Seri Menanti, Kuala Pilah dan Titi di Jelebu. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak menolak kemungkinan terdapat penglibatan pihak luar dalam aktiviti perlombongan haram nadir bumi yang dikesan baru-baru ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia berdasarkan pemerhatian terhadap kepakaran yang digunakan dalam aktiviti perlombongan haram tersebut yang dikesan di Seri Menanti, Kuala Pilah dan Titi di Jelebu.
"Kita yakin bukan rakyat tempatan sahaja terlibat tetapi melibatkan orang luar (warga asing) perkara ini sedang disiasat. Mungkin orang luar kerana ada kepakaran tertentu digunakan...mungkin tidak tepat, tetapi jika betul, ia harus diberikan perhatian serius," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Aminuddin berkata siasatan sedang dilakukan dan berharap pelaku aktiviti tersebut dapat diambil tindakan undang-undang dengan kadar segera.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan Negeri Sembilan mendedahkan dua perlombongan haram nadir bumi dikesan di Kampung Sikai, Seri Menanti di Kuala Pilah dan di Sungai Muntoh, Titi, Jelebu dua minggu lepas
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#perlombongan haram
#nadir bumi
#perhatian serius
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan