awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu ada asas kukuh jika mahu kandungan komik dikaji semula - Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2019
11:10 MYT
Perlu ada asas kukuh jika mahu kandungan komik dikaji semula - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Saya tidak ada halangan untuk dengar tapi perlu ada isu kukuh. - Gambar fail/Astro AWANI
Mana-mana pihak termasuk pemimpin boleh membuat rayuan untuk meneliti semula kandungan komik propaganda, 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama'.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rayuan boleh dibuat dengan syarat pihak terbabit mempunyai asas kukuh mengapa isi kandungan komik berkenaan perlu diteliti semula.
“Setakat ini saya tidak ada terima permohonan rasmi dan saya kena semak dari segi undang-undang dan saya kena tengok dan teliti perkara itu.
“Apapun pihak pemimpin berhajat, merayu. Saya tidak ada halangan untuk dengar tapi perlu ada isu kukuh,” katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.
BACA: 'Tindakan haramkan komik propaganda bukan kerana desakan politik'
Tambahnya, KDN sedia mendengar usul mengenai komik berkenaan dan akan bersikap terbuka.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ada pihak yang membantah penarikan semula edaran komik itu.
Terdahulu, beliau hadir program ramah mesra bersama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di Pontian, Johor.
Topic Berkaitan
#Inisiatif Jalur
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#komik propaganda
#Menteri Dalam Negeri
#Muhyiddin Yassin
#rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan