awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu ada atlet pelapis, elak jurang generasi yang besar - Dr Mohammed Taufiq

Astro AWANI
Astro AWANI
10/04/2026
06:29 MYT
Perlu ada atlet pelapis, elak jurang generasi yang besar - Dr Mohammed Taufiq
Dr Mohammed Taufiq ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Velodrom Nasional sempena Kejohanan UCI Track World Cup,di Nilai, 10 April 2026. --fotoBERNAMA
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata penting melahirkan atlet pelapis secara berterusan bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan sukan negara tidak terjejas.

Beliau berkata usaha menyediakan pelapis tidak boleh dipandang ringan tanpa mengira jenis sukan bagi mengelakkan berlakunya jurang besar antara generasi atlet sedia ada dengan yang baharu.

“Saya melihat yang paling penting sekarang adalah untuk kita menyediakan pelapis-pelapis atlet. Tidak kiralah sukan apa pun, kita perlu ada pelapis.

“Kita tidak boleh ada jurang yang besar, dan saya yakin pihak MSN (Majlis Sukan Negara) telah pun membuat yang terbaik untuk mencari pelapis-pelapis bagi mewakili negara kita,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan sesi lawatan ke Velodrom Nasional di sini, semalam.

Pada masa sama, Dr Mohammed Taufiq turut menekankan aspek ketahanan mental dan fizikal atlet, khususnya mereka yang bersaing pada peringkat antarabangsa termasuk dalam program Road to Gold (RTG).

Menurut beliau, atlet elit bukan sahaja berperanan sebagai penyumbang pingat, malah perlu menjadi inspirasi kepada generasi muda serta masyarakat.

Sementara itu, Dr Mohammed Taufiq yang turut meluangkan masa menyaksikan sesi latihan skuad berbasikal trek negara di sini, berpuas hati dengan persiapan menjelang pusingan terakhir Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 yang dijadualkan berlangsung di sini, dari 24 hingga 26 April ini.
“Penting untuk kita turun sendiri melihat perkembangan atlet dan juga fasiliti yang tersedia. Jika ada apa-apa kekurangan atau perkara yang boleh dibaiki, kita akan baiki segera.

“Kita nak pastikan kebajikan atlet terjaga, sesi latihan tidak terganggu dan pada akhirnya kita mahu lihat pencapaian terbaik dalam temasya akan datang seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia dan juga Sukan SEA 2027,” katanya.

Terdahulu, Dr Mohammed Taufiq turut meninjau sesi latihan skuad silat, memanah dan tinju di Pusat Latihan Nilai yang terletak bersebelahan dengan Velodrom Nasional.

Ketika bersama skuad berbasikal trek negara, beliau turut meluangkan masa berkayuh bersama-sama jaguh negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dengan melakukan beberapa pusingan di velodrom kebanggaan rakyat Malaysia itu.

Mohd Azizulhasni berkata Dr Mohammed Taufiq menyuarakan permintaan sekiranya beliau dapat memainkan peranan dalam memberikan motivasi serta berkongsi pengalaman kepada generasi atlet baharu.

Menurut The Pocket Rocketman itu, beliau bersedia untuk terus menyumbang kepada pembangunan sukan negara, khususnya dalam memperkukuh mentaliti kemenangan dalam kalangan atlet.

“Sebagai seorang daripada veteran dalam sukan ini, saya bersedia sekiranya KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MSN atau ISN (Institut Sukan Negara) memerlukan khidmat saya untuk membantu dalam apa jua ruang atau aktiviti.

“Itulah sebab saya berada di sini dan saya masih terus berbasikal. Saya mahu beri motivasi kepada anak-anak muda dan rakan-rakan saya, serta tunjuk bahawa kita sebenarnya boleh melangkaui had kemampuan kita,” kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan juara dunia 2017 itu.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Mohammed Taufiq Johari
#atlet pelapis
#Mohd Azizulhasni Awang
#Velodrom Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan