awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan guru dakwa Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh disambung Jun
Anthropic tangguh pelancaran model AI ‘Claude Mythos’ susulan risiko keselamatan siber
U Mobile lancar pelan ULTRA5G baharu, tawar kelajuan, keselamatan dan akses keutamaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu buat ujian calitan COVID-19 sebelum masuk ke Kelantan - Exco

Bernama
Bernama
18/07/2021
07:44 MYT
Perlu buat ujian calitan COVID-19 sebelum masuk ke Kelantan - Exco
Keputusan ujian saringan perlu disertakan semasa membuat permohonan rentas negeri di balai polis, namun kebenaran ini hanya untuk hal kecemasan. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Individu yang mendapat kebenaran polis untuk masuk ke Kelantan wajib membuat ujian calitan COVID-19 dalam tempoh 72 jam di tempat asal sebelum memulakan perjalanan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata arahan itu telah berkuat kuasa mulai semalam.
"Keputusan ujian saringan perlu disertakan semasa membuat permohonan rentas negeri di balai polis, namun kebenaran ini hanya untuk hal kecemasan kerana ketika ini, pergerakan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Rabu lepas, media melaporkan kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara supaya individu yang ingin memasuki Kelantan diwajibkan mengemukakan keputusan ujian calitan sebagai antara usaha membendung penularan jangkitan COVID-19 di negeri itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata petugas kesihatan akan turut ditempatkan di pintu sempadan negeri bagi melakukan ujian calitan COVID-19 kepada individu yang tidak sempat melakukan ujian itu sebelum melakukan perjalanan ke negeri berkenaan.
"Mereka ini sudah diberi kebenaran rentas negeri kerana hal kecemasan namun tidak sempat membuat ujian calitan COVID-19.
"Kita akan buat Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag), individu yang terlibat perlu menunggu keputusan dalam tempoh kira-kira setengah jam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#ujian calitan
#COVID-19
#perjalanan
#Izani Husin
#rentas negeri
#polis
#PDRM
#kebenaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan