awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan Hadiah Pengajian IPT anak Selangor dibuka semula hingga 14 April

Bernama
Bernama
30/03/2026
09:17 MYT
Permohonan Hadiah Pengajian IPT anak Selangor dibuka semula hingga 14 April
Kerajaan Negeri Selangor membuka semula permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (IPT) hingga 14 April ini, bagi membantu meringankan beban kewangan anak negeri yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Kerajaan Negeri Selangor membuka semula permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (IPT) hingga 14 April ini, bagi membantu meringankan beban kewangan anak negeri yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu menawarkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada pelajar tahun pertama di IPT yang diiktiraf kerajaan negeri daripada peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4 hingga Ijazah Sarjana Muda.

“Tahun ini, kerajaan negeri peruntukan RM5 juta, tambahan daripada RM3 juta tahun sebelumnya supaya lebih ramai menerima manfaat.

“Mudahan dapat membantu anak-anak belajar dengan tenang, insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my sebelum tarikh tutup pada 14 April ini.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Hadiah Pengajian IPT
#anak Selangor
#Ijazah Sarjana Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan