awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan ke sekolah berasrama penuh dibuka Disember

Bernama
Bernama
28/10/2014
15:02 MYT
Permohonan ke sekolah berasrama penuh dibuka Disember
Permohonan kemasukan pelajar tingkatan empat ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2015 akan dibuka secara dalam talian bermula dari 1 hingga 30 Disember ini. -Gambar hiasan
Permohonan kemasukan pelajar tingkatan empat ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2015 akan dibuka secara dalam talian bermula dari 1 hingga 30 Disember ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon-calon yang memohon untuk masuk ke SBP boleh mula mengisi borang saringan pencapaian Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Psikometri pada 1 Disember 2014. Bagaimanapun katanya keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang sebenar boleh diisi bermula 22 Disember iaitu tarikh menerima keputusan PT3 2014 di sekolah masing-masing serta boleh menyemak status keputusan pemilihan dan penempatan selewat-lewatnya mulai 30 Jan 2015. Menurut kenyataan itu antara kriteria kemasukan ke tingkatan empat SBP menerusi PT3 ialah memperoleh gred A bagi sekurang-kurangnya enam mata pelajaran termasuk Sains dan Matematik (tidak termasuk mata pelajaran bahasa tambahan), serta memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran lain. Selain itu katanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masing-masing ditaksir secara ujian bertulis dan ujian lisan. Bagi kemasukan ke SBP 2015 aspek pemilihan meliputi status sosio-ekonomi keluarga dan lokasi sekolah asal murid, selain calon mestilah warganegara Malaysia dan bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Sehubungan itu calon-calon yang berjaya turut dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendaftar di SBP yang ditetapkan bermula 23 Februari 2015 dan bagi calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan permohonan secara e-rayuan di laman web KPM www.moe.gov.my.
Topic Berkaitan
#dalam talian
#Kementerian Pendidikan
#sekolah berasrama penuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan