awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
06/07/2024
03:30 MYT
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ketika melawat reruai selepas perasmian sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan anak muda Madani 1.0. - Foto BERNAMA
PASIR MAS: Permohonan menyertai program aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menunjukkan peningkatan sebanyak 3.75 peratus sejak Januari hingga Jun tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata peningkatan itu sekali gus menangkis persepsi negatif masyarakat bahawa TVET hanya untuk individu tercicir dalam akademik kerana ia mampu menjadi laluan kerjaya pilihan utama belia.
Beliau berkata kerajaan telah membuat pelaburan yang cukup besar dalam menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan untuk memastikan agenda merakyatkan TVET ini dapat direalisasikan.
"Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
"Belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mempunyai kecenderungan terhadap pedagogi secara teknikal berpeluang menyertai program TVET bermula dari peringkat Sijil, Diploma dan peringkat yang paling tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda MADANI 1.0 di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#TVET
#Ahmad Zahid Hamidi
#Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara
#peningkatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan