awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan tajaan JPA bidang perubatan, pergigian, farmasi dibuka 3 Julai

Bernama
Bernama
15/06/2023
05:17 MYT
Permohonan tajaan JPA bidang perubatan, pergigian, farmasi dibuka 3 Julai
JPA memaklumkan, perkara itu susulan keputusan kerajaan untuk meneruskan program penajaan JPA dalam tiga bidang tersebut. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama boleh memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bermula 3 hingga 7 Julai bagi bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
JPA dalam satu kenyatan ini hari ini memaklumkan bahawa, perkara itu susulan keputusan kerajaan untuk meneruskan program penajaan JPA dalam tiga bidang tersebut.
Menurut kenyataan JPA itu ketiga-tiga bidang tersebut turut ditawarkan melalui Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022.
Tempoh permohonan bagi Program LPSM dilanjutkan sehingga 23 Jun 2023. Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara berkenaan boleh dirujuk di laman sesawang esilav2.jpa.gov.my.
Ahad lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberi jaminan bahawa JPA akan meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
Menurut Anwar keputusan menghentikan tajaan di bawah JPA, merupakan dasar kerajaan terdahulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tajaan JPA
#bidang perubatan
#permohonan dibuka semula
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan