awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua Myvi terbabas, musnah terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2022
08:25 MYT
Perodua Myvi terbabas, musnah terbakar
Keadaan sebuah kereta Perodua Myvi yang hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terbakar. Foto Bomba
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu wanita menempuh detik cemas apabila kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini pada Rabu.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kereta jenis Perodua Myvi terbabit telah terbabas sejurus tiba di lokasi kejadian berhampiran Terowong Duta menghala ke pusat bandar dan terbakar sekitar jam 9 pagi.
"PGO Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 9.22 pagi dan sebuah jentera bersama 11 anggota pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi.
"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati terdapat sebuah kereta model Perodua Myvi yang berada di bahu jalan sedang terbakar," kata kenyataan itu pada Rabu.
Menurutnya, mangsa, seorang wanita berusia 52 tahun berjaya keluar dari kenderaan terbabit tanpa sebarang kecederaan dan menghubungi talian kecemasan.
"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya tujuh minit kemudian dan kemusnahan kebakaran dianggarkan sebanyak 90 peratus.
"Pemandu kereta berkenaan memaklumkan kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas lalu terbakar," ujarnya.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Myvi
#terbakar
#kemalangan
#Lebuhraya Sultan Abdul Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan