awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpaduan rakyat pendorong kekuatan ekonomi Sarawak - Abang Johari

Bernama
Bernama
04/04/2025
21:30 MYT
Perpaduan rakyat pendorong kekuatan ekonomi Sarawak - Abang Johari
Abang Johari berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak, Sibu malam tadi. --fotoBERNAMA
SIBU: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menekankan bahawa perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri itu merupakan tonggak utama kepada kekuatan ekonomi Sarawak yang kian berkembang.
Beliau berkata kestabilan politik dan keharmonian sosial membolehkan kerajaan negeri merangka dan meluluskan belanjawan berjumlah RM15 bilion, satu pencapaian besar yang dijangka terus meningkat sekiranya perpaduan dapat dikekalkan.
"Doakan kita tidak berpecah. Kalau kita mempunyai keadaan politik yang kucar-kacir, tidak akan ada seorang pemimpin pun yang dapat membangunkan negeri ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Bersama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak di sini malam tadi.
Abang Johari turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Sarawak atas sokongan padu yang diberikan kepada kerajaan negeri dalam menjayakan pelbagai inisiatif pembangunan.
Beliau berkata fokus kerajaan kini tertumpu kepada menangani cabaran pembangunan melalui pendekatan yang unik serta memanfaatkan sumber tempatan untuk memperkukuh kedudukan kewangan negeri.
"Hasil daripada usaha berkenaan, Sarawak kini mendapat pengiktirafan antarabangsa khususnya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen," katanya.
Beliau berkata pembangunan sektor tenaga hijau bukan sahaja memacu ekonomi negeri, malah menyumbang kepada usaha global menangani isu perubahan iklim.
Dalam majlis yang sama, Abang Johari menyatakan sokongan terhadap cadangan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Abang Ali di Sibu.
Beliau berkata kerajaan negeri sedia berbincang dengan Kerajaan Persekutuan mengenai projek berkenaan, termasuk kemungkinan mendahulukan peruntukan pembinaan.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, isteri Premier Sarawak Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang serta Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#perpaduan
#Abang Johari Tun Openg
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan