awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan bekas polis buat laporan terhadap individu hina Agong

Bernama
Bernama
04/01/2022
23:45 MYT
Persatuan bekas polis buat laporan terhadap individu hina Agong
PBPM membuat laporan polis terhadap individu yang bertanggungjawab melancarkan petisyen Hilang Kepercayaan Terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara dalam talian.
KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) membuat laporan polis terhadap individu yang bertanggungjawab melancarkan petisyen Hilang Kepercayaan Terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara dalam talian.
Presiden PBPM Mokhtar Omar berkata tindakan individu itu adalah satu penderhakaan dan menghasut rakyat membenci institusi raja-raja.
"Kami mahu PDRM (Polis Diraja Malaysia) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap individu yang melancarkan petisyen berkenaan dan mereka yang menyokongnya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini petang Selasa.
Beliau berkata pihaknya akan mengarahkan cawangan persatuan itu di peringkat negeri untuk membuat laporan polis mengenai isu sama di negeri masing-masing.
Katanya perkongsian yang diterima melalui aplikasi WhatsApp menunjukkan bahawa petisyen itu telah ditandatangani oleh 1,295 individu.
Petisyen itu dipercayai telah dipadam berikutan carian Bernama di laman sesawang Change.org tidak membuahkan berhasil.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Persatuan Bekas Polis Malaysia
#PBPM
#hina Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan