awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persediaan rendang ayam mungkin sebabkan keracunan makanan

Bernama
Bernama
18/10/2013
00:02 MYT
Persediaan rendang ayam mungkin sebabkan keracunan makanan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata persediaan rendang ayam mungkin menyebabkan keracunan makanan yang dialami 151 pelatih polis bantuan di Pusat Latihan Polis (Pulapol)di Ayer Hitam, Jempol pada hari Rabu.
Beliau berkata perlu dikekalkan standard kesihatan yang tinggi apabila menyimpan, mengendali dan menyediakan makanan bagi mengelak berlaku keracunan makanan.
Namun kementerian itu sedang menyiasat perkara tersebut, katanya kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat baharu Kelab Bell Tamil Malaysia pada hari Khamis.
Seramai 18 pelatih dimasukkan ke Hospital Jempol dan 133 yang lain diberi rawatan pesakit luar di klinik Pulapol itu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zailan Adnan dilapor sebagai berkata kesemua mereka muntah dan mengalami cirit-birit selepas memakan rendang ayam semasa makan malam.
Sementara itu Dr Subramaniam berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang memasar enam produk tradisional yang disyaki mengandungi bahan logam yang tinggi dari China dan Hong Kong.
Ia termasuk produk yang dikeluarkan oleh Beijing Tong Ren Tang di bawah jenama Niu Huang Jie Du Pian dan Jian Ti Wu Bu Ban yang dilapor masing-masing mengandungi kandungan tinggi arsenik dan merkuri.
Dua lagi produk yang dikeluarkan pengeluar China ialah Niu Huang Chien Jin San dan Siau Er Zhi Pau Wan yang disyaki mengandungi merkuri sulfide.
Dua produk lain ialah pil Bak Foong yang dikeluarkan Hong Kong Medicine Manufactory dan Hairegenerator oleh Hong Kong Hang Cheong Lung Pharmaceutical Limited yang dikatakan msing-masing mengandungi tahap plumbum dan merkuri yang tinggi.
Topic Berkaitan
#AYER HITAM
#Jempol
#keracunan makanan
#pelatih polis
#PULAPOL
#rendang ayam
#subramaniuam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan