awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN

Bernama
Bernama
24/05/2024
12:34 MYT
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
PUTRAJAYA: Persekitaran produksi Sistem MyInvois menerusi Application Programming Interface (API) telah dibuka bagi membolehkan syarikat rintis e-Invois mengeluarkan e-Invois menggunakan data sebenar perniagaan mereka mulai hari ini.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
"Oleh itu, syarikat rintis e-Invois boleh mula mengakses kepada persekitaran produksi API Sistem MyInvois setelah memohon Client ID dan Client Secret bagi persekitaran produksi daripada pihak LHDN menerusi e-mel [email protected]," menurut kenyataan itu.
LHDN memaklumkan akses kepada persekitaran produksi itu antara lain membolehkan syarikat rintis untuk mengurus dan mengeluarkan e-Invois secara terus kepada LHDN menggunakan data produksi (data sebenar perniagaan) untuk memastikan ketepatan maklumat yang dihantar.
Bagi memastikan proses peralihan lancar ke atas penghantaran e-Invois menerusi persekitaran API, LHDN memaklumkan proses pengesahan tandatangan digital juga tidak diaktifkan buat sementara waktu.
Sebelum ini dilaporkan pelaksanaan fasa pertama e-Invois pada 1 Ogos, terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#myinvois
#e-invois
#digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan