awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan akhir menjelang pertembungan pertama Najib Razak - Anwar Ibrahim

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/05/2022
04:00 MYT
Persiapan akhir menjelang pertembungan pertama Najib Razak - Anwar Ibrahim
Persiapan akhir menjelang pembukaan gelanggang debat antara bekas Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang itu sedang giat dilakukan di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) di ibu negara. - Foto/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kurang sembilan jam lagi rakyat Malaysia bakal menyaksikan debat yang paling dinanti-nantikan melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Persiapan akhir menjelang pembukaan gelanggang debat antara bekas Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang itu sedang giat dilakukan di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) di sini.
Dianggarkan seramai 400 tetamu akan hadir secara fizikal bagi menyaksikan debat dua figura politik itu, yang antaranya menyentuh isu kewajaran menyelamatkan Sapura Energy Berhad (SEB).
Foto/Astro AWANI
Debat perdana itu akan bermula pada pukul 9 malam ini - Foto/Astro AWANI
Selain isu SEB, debat tersebut akan turut mengupas hala tuju dan masa depan ekonomi dan politik negara.
Ini merupakan debat awam pertama yang menyaksikan pertembungan Najib dan Anwar sepanjang penglibatan mereka dalam arena politik negara.
Ia merupakan pertembungan pertama antara Anwar dan Najib - Foto/Astro AWANI
Ia merupakan pertembungan pertama antara Anwar dan Najib - Foto/Astro AWANI
BACA: Lokasi Debat Perdana Anwar-Najib di MATIC
Anwar, yang juga bekas Menteri Kewangan sebelum ini pernah mencabar Najib termasuk mengenai harga minyak.
Debat itu kemudian dianjurkan pada 15 Julai 2008 membabitkan Anwar dan Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Selepas lebih 14 tahun, negara sekali lagi bakal menyaksikan debat bersejarah.
Astro AWANI akan menyiarkan debat tersebut secara langsung pada pukul 9 malam di saluran 501, astroawani.com dan aplikasi Live TV Astro AWANI.
Media bersama yang turut mendokong debat ini adalah Sinar Harian, Sin Chew Daily dan Malaysia Gazette.
Siapa lebih bernas? Semuanya akan terjawab malam ini...
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Najib Razak
#Debat Anwar Najib
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan