awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan banjir: BN Perak lancar briged sukarelawan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/10/2022
00:15 MYT
Persiapan banjir: BN Perak lancar briged sukarelawan
Saarani menyerahkan peralatan khemah kepada Mohd Arrif (dua, kiri) sebagai simbolik perasmian pada Majlis Pelancaran Briged Banjir BN Negeri Perak di Bangunan UMNO Negeri Perak, Ipoh, semalam. --fotoBERNAMA
IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak melancarkan secara rasmi Briged Sukarelawan Banjir sebagai persiapan untuk menghadapi kemungkinan banjir, termasuk ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ia juga sebagai bukti keprihatinan BN terhadap rakyat tidak mengira batas waktu, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata
Menurutnya, BN melalui Pergerakan Pemudanya telah menghantar pasukan untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara, sejak dari dahulu lagi.
"Sebab itu kita nak ingatkan kepada rakyat negeri Perak, tidak perlu bimbang, jangan termakan segala dakyah dan tohmahan daripada pembangkang.
"Kerana, kami BN bukanlah saja parti pilihan raya semata-mata. Kita parti yang menawarkan khidmat dan kebajikan pada setiap masa, kepada rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Briged Sukarelawan Banjir BN Perak di Bangunan UMNO Perak di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Pemuda BN Perak Datuk Mohd Ariff Abdul Majid berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mengumpul sukarelawan banjir pada bila-bila masa.
"Bila-bila pun kalau berlakunya banjir atau apa-apa keadaan, kita akan bersedia. Dari segi peralatan pun kita memang dah cukup. Daripada dulu pun, memang (dari segi) peralatan, tak ada masalah.
"Kita ada lori, kita ada hilux… peralatan-peralatan untuk bantuan banjir, bot, sampan, semua ada insya-Allah," tambahnya.
Persiapan Banjir | BN Perak lancar briged sukarelawan
Topic Berkaitan
#BN Perak
#banjir
#briged sukarelawan banjir
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan