awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan Haji 2026 berjalan lancar, ikut perancangan - Zulkifli

Bernama
Bernama
04/04/2026
07:11 MYT
Persiapan Haji 2026 berjalan lancar, ikut perancangan - Zulkifli
Zulkifli hadir pada Majlis Pemasyhuran dan Konvokesyen ke-16 UniMAIWP di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini. - Foto Bernama
Persiapan rapi bagi jemaah Malaysia ke Tanah Suci untuk musim Haji 2026, dengan penerbangan pertama pada 18 April ini akan diteruskan mengikut perancangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Zulkifli berkata lawatan beliau ke Mekah dan Madinah baru-baru ini mendapati Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Saya baru pulang daripada lawatan rasmi ke Madinah dan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, yang dihadiri oleh ramai menteri agama serta menteri haji dari seluruh dunia.

“Operasi haji akan berjalan seperti yang dirancang. Kita telah membuat perancangan yang sangat teliti dan TH telah melakukan persiapan sebaik mungkin,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemasyhuran dan Konvokesyen Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) Kali Ke-16, di sini, hari ini.

Beliau berkata TH turut mempunyai pelan kontingensi yang baik bagi menghadapi sebarang perubahan tidak dijangka.

“Setakat ini, perbincangan menunjukkan bahawa pelan kontingensi yang telah dirangka mampu menyerap sebarang perubahan yang berlaku.

“Namun, kita berdoa agar ibadah haji tahun ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Semua jemaah haji akan mengikuti perancangan yang telah ditetapkan,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Zulkifli Hasan
#Haji
#persiapan
#musim 2026
#Tabung Haji
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan