awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan DUN Johor bermula 18 Nov dengan pembentangan Bajet 2022

Bernama
Bernama
10/11/2021
08:38 MYT
Persidangan DUN Johor bermula 18 Nov dengan pembentangan Bajet 2022
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dijadualkan bermula 18 Nov ini dengan pembentangan Bajet Johor 2022. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dijadualkan bermula 18 Nov ini dengan pembentangan Bajet Johor 2022, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Suhaizan Kaiat.
Beliau sehubungan itu menasihatkan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menumpukan perhatian kepada persidangan hingga 25 Nov itu meskipun Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN Melaka) berlangsung dalam masa sama.
"Kita telah menghantar notis pada 27 Okt lepas memaklumkan semua ADUN bahawa persidangan dewan akan diadakan pada tempoh yang telah dinyatakan bagi membolehkan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad membentangkan bajet negeri untuk tahun hadapan.
"Persidangan DUN lebih utama daripada kempen di Melaka," katanya yang dihubungi hari ini.
Suhaizan yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Naib Pengerusi Amanah Johor turut mengingatkan ADUN yang membantu kempen PRN Melaka supaya menjaga prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan memandangkan negara masih menghadapi pandemik COVID-19.
Beliau berkata SOP yang sama ditetapkan untuk persidangan kali ini termasuk mewajibkan ujian COVID-19 setiap hari untuk semua wakil rakyat, ketua jabatan, petugas dewan dan pengamal media.
Pada persidangan lepas, sesi itu tertangguh dua kali berikutan penilaian risiko COVID-19 dan seramai empat ADUN turut tidak dibenarkan menyertai persidangan selepas penilaian risiko COVID-19 ke atas mereka.
Sementara itu, mengenai bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang diserang stok ringan pada 13 Okt lepas, Suhaizan berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang surat sama ada ADUN Kempas itu akan hadir atau tidak ke persidangan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Johor
#bajet 2022
#Suhaizan Kaiat
#ADUN
#Menteri Besar Johor
#Hasni Mohammad
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan