awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan di Puncak Jalil libatkan hampir sehektar, operasi pemadaman masih dijalankan
Kebakaran hutan di Puncak Jalil sebabkan kesesakan teruk
Bakal anjur ‘showcase’ di Qatar April ini, Ella teruja tiket hampir ‘sold out’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertahanan udara UAE pintas 15 peluru berpandu balistik, 119 dron

Bernama
Bernama
07/03/2026
16:13 MYT
Pertahanan udara UAE pintas 15 peluru berpandu balistik, 119 dron
Trafik ringan dilihat di sebuah jalan utama di pusat bandar Dubai, Emiriah Arab Bersatu. - Foto AP

Sistem pertahanan udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu mengesan 16 peluru berpandu balistik dengan 15 daripadanya berjaya dipintas dan dimusnahkan, manakala satu lagi jatuh ke laut, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Sistem pertahanan udara negara itu turut mengesan 121 dron dengan 119 berjaya dipintas, sementara dua dron jatuh dalam wilayah UAE.
Sejak bermulanya apa yang disifatkan sebagai pencerobohan Iran, sebanyak 221 peluru berpandu balistik dikesan, dengan 205 daripadanya dimusnahkan, manakala 14 jatuh ke laut dan dua peluru berpandu mendarat dalam wilayah UAE.
Sebanyak 1,305 dron Iran turut dikesan dengan 1,229 berjaya dipintas sementara 76 dron jatuh dalam wilayah UAE. Selain itu, lapan peluru berpandu krus juga dikesan dan berjaya dimusnahkan.
Menurut WAM, serangan itu mengakibatkan tiga kematian melibatkan warga Pakistan, Nepal dan Bangladesh, serta 112 kecederaan ringan dalam kalangan individu daripada pelbagai kerakyatan termasuk Emiriah, Mesir, Ethiopia, Filipina, Pakistan, Iran, India, Bangladesh, Sri Lanka, Azerbaijan, Yaman, Uganda, Eritrea, Lubnan, Afghanistan, Bahrain, Comoros dan Turkiye.
Kementerian Pertahanan UAE menegaskan yang pihaknya sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang ancaman dan akan bertindak tegas terhadap sebarang cubaan yang menjejaskan keselamatan negara, selain memastikan perlindungan kedaulatan, keselamatan dan kestabilan UAE serta kepentingan dan keupayaan nasionalnya.
-- BERNAMA-WAM
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#pertahanan udara UAE
#perluru berpandu
#dron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan