awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertama kali dalam 33 tahun, Syed Saddiq ucap ‘I love you’ – Space Dollah

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
28/03/2026
06:58 MYT
Pertama kali dalam 33 tahun, Syed Saddiq ucap ‘I love you’ – Space Dollah
Abang kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Space Dollah. - Foto Astro AWANI
Detik pertunangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi, Bella Astillah bukan sahaja mencuri perhatian netizen, malah turut menyentuh emosi ahli keluarga terdekat, khususnya abang Syed Saddiq, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Space Dollah.
Menurutnya, momen tersebut membawa makna besar buat dirinya selepas lebih tiga dekad mengenali adiknya itu.
“Saya kenal Saddiq selama 33 tahun, dan beberapa bulan lalu adalah kali pertama saya melihatnya dan dia berkata, ‘I love you’. Jadi saya sangat gembira untuk melihat Saddiq akhirnya tying the knots,” katanya ketika ditemui di lokasi majlis pertunangan berlangsung.
Beliau berkata, ramai dalam kalangan netizen Malaysia termasuk komuniti BASS (nama gabungan Syed Saddiq dan Bella) serta keluarga terdekat sememangnya menantikan detik tersebut menjadi kenyataan.
“Its still a bit surreal...(macam tak percaya) kebanyakan netizen Malaysia, komuniti BASS, keluarga BASS, menunggu hari ini berlaku,” ujarnya.
Mengulas lanjut, pempengaruh itu turut memberi bayangan bahawa majlis perkahwinan pasangan itu dijangka berlangsung dalam masa terdekat.
“The wedding will be very, very soon… insya-Allah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bagaimana Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memperkenalkan hubungan tersebut kepada keluarga dalam suasana santai.
“Kami makan malam di hotel bersama Bella dan ayahnya. Di situlah semuanya bermula,” jelasnya.
Mengakhiri perkongsian, Space Dollah menzahirkan doa dan harapan buat pasangan tersebut.
Saksikan majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah secara eksklusif di Astro AWANI, Astro Ria dan Sooka pada jam 3.30 petang ini dan penstriman langsung di platform TikTok Astro Gempak.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Abdul Rahman
#Bella Astilah
#Syed Abdullah Syed Abdul Rahman
#space dollah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan