awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertemuan dengan Muhyiddin bukan agenda politik - Pejabat Raja Perlis

Bernama
Bernama
11/12/2016
15:20 MYT
Pertemuan dengan Muhyiddin bukan agenda politik - Pejabat Raja Perlis
Pertemuan dengan Muhyiddin (gambar) tiada hubungkait dengan sebarang urusan parti politik negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Sulit Kanan baginda Kangar, hari ini. - Gambar fail
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menerima mengadap bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Arau pada Jumaat lepas atas dasar kenalan lama.
Pertemuan itu tiada hubungkait dengan sebarang urusan parti politik negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Sulit Kanan baginda di sini, hari ini.
"Sebagai pemerintah negeri Perlis, baginda tidak mencampuri urusan tentang sebarang fahaman politik.
"Pada pertemuan itu baginda turut berkenan menunaikan hasrat rombongan beliau (Muhyiddin) untuk bergambar di luar bilik mengadap sebelum mereka meninggalkan majlis," kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut dibuat ekoran gambar berkenaan telah dimuat naik di laman sosial facebook sebuah parti politik dengan kapsyen "Antara Raja yang mendokong perjuangan kita".
Bagaimanapun, gambar tersebut kemudiannya dipadam dari laman facebook itu.
Terdahulu, pada Jumaat itu, Muhyiddin bersama rombongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan lawatan dan ceramah kepimpinan di Perlis. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Istana Arau
#Raja Perlis
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan