awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertimbangkan semula pelaksanaan GST untuk manfaat rakyat - Pakar ekonomi

Bernama
Bernama
17/06/2021
10:06 MYT
Pertimbangkan semula pelaksanaan GST untuk manfaat rakyat - Pakar ekonomi
Noor Azlan Ghazali berkata terdapat banyak cara supaya GST dapat dilaksanakan semula. - Gambar Facebook
KUALA LUMPUR: Kerajaan harus mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang merupakan sistem cukai yang lebih menyeluruh dan adil yang dapat membantu meningkatkan pendapatan dan memberi manfaat kepada rakyat daripada segi penyampaian perkhidmatan awam lebih baik.
Profesor ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Graduate School of Business, Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali berkata, terdapat banyak cara supaya GST dapat dilaksanakan semula.
"Saya penyokong GST kerana saya yakin bahawa ia adalah sistem yang lebih menyeluruh atau lebih adil tetapi sudah tentu anda perlu memperkenalkannya dengan betul dan teratur serta menjelaskannya kepada orang ramai, memastikan mereka memahami dan melihat manfaatnya.
"Kebimbangan timbul apabila anda mengutip cukai tetapi orang ramai tidak mendapat manfaatnya," katanya ketika persidangan maya Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) hari ini.
Noor Azlan berkata, Jerman dan Finland yang memungut cukai antara 20 dan 30 peratus, menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya.
Apabila rakyat berpendidikan tinggi, kita semua mendapat manfaatnya, antaranya ialah kejadian jenayah, dan pencemaran alam sekitar bekurangan serta rakyat menjadi lebih berdisiplin, katanya.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, Malaysia mengutip jumlah cukai lebih rendah berbanding negara-negara lain dan tidak setara dengan apa yang dijangka.
Berkongsi datanya, Prof Noor Azlan berkata, Malaysia kini mempunyai penduduk sekitar 32 juta dengan 15 juta tenaga kerja, namun hanya dua juta hingga tiga juta orang sahaja yang membayar cukai.
"Bagaimana kerajaan mahu mengagihkan semula kutipan cukai itu bagi memastikan kualiti kehidupan menjadi lebih baik untuk semua orang?"
Selain itu, Prof Noor Azlan yang juga Pengarah Eksekutif Sekretariat EAC menyatakan, lapan agenda, 30 bidang khusus dan 153 inisiatif ketika Malaysia akan memulakan Pelan Pemulihan Negara untuk membawa negara keluar daripada krisis pandemik COVID-19.
Antara lapan agenda itu ialah ekonomi digital; mempromosikan penggunaan dan kemajuan teknologi; kedudukan untuk peralihan landskap global serta mempromosikan tanggungjawab bersama, tadbir yang baik da
Beliau berkata, penemuan itu adalah sebahagian daripada kajian bebas dilakukan sekretariat EAC, ia sebenarnya tidak mendapat pengesahan oleh EAC.
Cadangan di bawah kajian itu bertujuan untuk mengatasi cabaran dihadapi ketika ini dan dalam tempoh jangka pendek dan apa yang diperlukan negara bagi tempoh jangka sederhana dan panjang.
Prof Noor Azlan juga berkata, wujud keperluan supaya kerajaan melakukan perubahan dalam beberapa dasar dalam memastikan pertumbuhan jangka panjang dan kemampanan negara ketika Malaysia sedang berusaha untuk pulih daripada krisis kesihatan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#GST
#ekonomi
#cukai
#COVID-19
#pandemik
#EAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan