awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertuduhan terhadap lima remaja berhubung buli, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina - AGC

Bernama
Bernama
19/08/2025
12:10 MYT
Pertuduhan terhadap lima remaja berhubung buli, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina - AGC
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai.
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan pendakwaan lima remaja bawah umur dibuat di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana pertuduhan itu merujuk kepada perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina Mahathir.
Kenyataan AGC memaklumkan keputusan menuduh kelima-lima remaja di bawah seksyen itu adalah berdasarkan penelitian jabatan berkenaan terhadap kertas siasatan.
"Jabatan ini sekali lagi menegaskan bahawa pertuduhan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan di dalam kes ini adalah bersandarkan kepada bukti dan fakta yang diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan AGC itu merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh peguam lantikan Noraida Lamat iaitu ibu Zara Qairina, 13, yang memohon untuk menangguhkan pendakwaan di bawah Seksyen 507C(1) dan cadangan pertuduhan pihak peguam di bawah Seksyen 507D(2).
Menurut AGC, kenyataan peguam sekiranya pendakwaan di bawah Seksyen 507C(1) diteruskan dan semua tertuduh mengaku bersalah esok atau pada tarikh lain, apabila siasatan lanjut ataupun inkues menemui keterangan yang boleh membuktikan berlakunya kesalahan di bawah Seksyen 507D(2) atau kesalahan lebih berat, mereka tidak lagi boleh didakwa atas dasar double jeopardy yang termaktub di dalam Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan, adalah bersifat spekulatif tanpa disokong oleh fakta yang tepat.
AGC turut memaklumkan prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan lima remaja bawah umur akan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu esok berhubung kes buli membabitkan pelajar itu.
Seksyen 507C (1) memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya manakala Seksyen 507D(2) membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada Isnin menetapkan 3 Sept ini untuk memulakan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Zara Qairina.
Pada 12 Ogos lepas, AGC memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh PDRM berhubung kes tersebut.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#AGC
#pertuduhan lima remaja
#Zara Qairina Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan