awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan RM1.5 juta bantu usahawan festival mega raya

Bernama
Bernama
23/04/2022
21:13 MYT
Peruntukan RM1.5 juta bantu usahawan festival mega raya
Noh berkata kerajaan sentiasa menyokong usaha melahirkan usahawan yang berdaya tahan dan berdaya saing. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memperuntuk RM1.5 juta kepada lebih 1,000 peniaga festival mega raya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata inisiatif itu dilaksana bagi membangkitkan semula semangat usahawan selepas hampir dua tahun terjejas akibat pandemik COVID-19.
"Kita juga berharap usahawan yang menerima sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka dan dapat menjual barangan mereka pada harga yang lebih murah," katanya selepas merasmikan Festival StarVendors Mega Raya Fest di WTC semalam.
Terdahulu, Noh dalam ucapannya berkata kerajaan sentiasa menyokong usaha melahirkan usahawan yang berdaya tahan dan berdaya saing.
Beliau turut berharap penganjuran festival jualan sempena perayaan dapat menghidupkan kembali sumber pendapatan usahawan dan memulihkan semula sektor ekonomi serta rantaian bekalan yang terjejas akibat COVID-19.
Festival StarVendors Mega Raya Fest, yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 pagi semalam hingga 12 tengah hari Isnin ini, menyasarkan untuk mencatat rekod penganjuran acara selama 75 jam tanpa henti.
Ia bakal menyaksikan pembabitan 55 selebriti terkenal tanah air yang turut membuka reruai dan menjual rangkaian produk mereka sendiri antaranya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk AC Mizal, Datuk Seri Vida, Datuk Aliff Syukri, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Fazura, Fattah Amin, Shahiezy Sam dan Syatila Melvin.
Penganjuran acara itu pada 2019 selama 72 jam telah mencatatkan jumlah pengunjung seramai 1.2 juta orang.
Noh juga berkata bantuan RM3,000 kepada usahawan yang dikenal pasti terjejas akibat banjir menerusi Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) sudah selesai diagihkan.
Beliau berkata pada masa sama, kementerian itu dalam proses melakukan pembayaran kepada 59 usahawan terjejas banjir yang memohon pinjaman melalui SME Corp selewat-lewatnya sebelum Aidilfitri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#usahawan
#hari raya
#festival mega raya
#Noh Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan