awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesalah pedofilia perlu didaftar dalam daftar Pelaku Jenayah Kanak-Kanak

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/04/2017
07:38 MYT
Pesalah pedofilia perlu didaftar dalam daftar Pelaku Jenayah Kanak-Kanak
Rang undang-undang baharu itu berupaya bertindak sebagai langkah pencegahan dan hukuman kepada pelaku jenayah yang bersifat komprehensif dan inklusif. - Gambar hiasan
Pesalah jenayah pedofilia dicadangkan untuk didaftarkan di dalam Daftar Pelaku Jenayah Kanak-Kanak selepas mereka tamat menjalankan hukuman.
Ahli Parlimen Kuala Selangor (BN), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, mereka juga perlu diletakkan dalam pengawasan serta melapor setiap bulan kepada polis.
Tegasnya, ia bertujuan supaya pergerakan mereka dapat direkodkan.
"Selain itu juga, mereka tidak dibenarkan berada dalam lingkungan 1,000 kaki dari kawasan sekolah, taman permainan kanak-kanak dan pusat penjagaan kanak-kanak.
"Dalam pada masa yang sama mereka juga dilarang bekerja dalam sektor yang melibatkan kanak-kanak bagi mengelakkan mereka melakukan jenayah yang sama," katanya semasa membahaskan usul Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 di sini hari ini.
Pada 24 Mac lepas, kerajaan meluluskan cadangan Rang Undang-undang Kesalahan-ke­salahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 bagi menangani kes membabitkan jenayah seksual terhadap golongan itu di negara ini.
Dalam pada itu tegas Irmohizam, rang undang-undang baharu itu berupaya bertindak sebagai langkah pencegahan dan hukuman kepada pelaku jenayah yang bersifat komprehensif dan inklusif.
"Sungguhpun kita telah mempunyai beberapa undang-undang untuk melindungi kanak-kanak, namun saya melihat rang undang-undang ini sebagai suatu undang-undang yang sesuai dengan kehendak hari ini.
"Melihat kepada keseluruhan peruntukan rang undang-undang ini, saya yakin ia mampu melumpuhkan kesalahan jenayah seksual kepada kanak-kanak," jelasnya.
Berdasarkan laporan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 184 kes jenayah seksual telah dilaporkan pada tahun 2015.
Daripada jumlah itu, 138 kes adalah melibatkan mangsa yang berkenalan melalui Wechat, Facebook (35 kes), dan selebihnya melalui WhatsApp serta Beetalk.
Manakala pada bulan Januari sehingga Mei 2016, sebanyak 63 kes telah dicatatkan.
Daripada jumlah itu, 138 kes adalah melibatkan mangsa yang berkenalan melalui Wechat, Facebook (35 kes), dan selebihnya melalui WhatsApp serta Beetalk.
Manakala pada bulan Januari sehingga Mei 2016, sebanyak 63 kes telah dicatatkan.
Topic Berkaitan
#jenayah
#Kanak-kanak
#mangsa
#PDRM
#pedofilia
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan