awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara dipenjara tujuh hari, denda RM4,000 rakam video bawah skirt peguam wanita

Astro AWANI
Astro AWANI
10/04/2026
10:15 MYT
Pesara dipenjara tujuh hari, denda RM4,000 rakam video bawah skirt peguam wanita
Majistret Mahmoodah VM Abdul Latif menjatuhkan hukuman itu ke atas S. Anandhan, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 7 April lepas. - Gambar hiasan
Seorang pesara dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merakam video bawah skirt seorang peguam wanita di sebuah kedai makan, tiga hari lepas.
Majistret Mahmoodah VM Abdul Latif menjatuhkan hukuman itu ke atas S. Anandhan, 62, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 7 April lepas.
Tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara enam bulan, jika gagal membayar denda itu.
Anandhan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 29 tahun dengan maksud untuk mengaibkan kehormatannya di kedai makan di Pusat Bandar Rawang, Gombak pada 5.49 petang pada 7 April.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hafiz Aiman Badrisham memohon hukuman berat dengan mengambil kira mangsa mengalami trauma sehingga terpaksa menjalani rawatan psikiatri, sementara peguam V. Kumar yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#video
#rakam
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan