awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
Tiada sekatan guna MyKad untuk subsidi BUDI95 selagi patuhi peraturan - JPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara polis diarah bela diri atas pertuduhan edar kanabis

Bernama
Bernama
30/07/2025
08:45 MYT
Pesara polis diarah bela diri atas pertuduhan edar kanabis
Aminuddin didakwa mengedar kanabis seberat 573.6 gram di pondok belakang rumah di Batu Kikir, Jempol pada 14 Sept 2022. - Gambar/ Bernama
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 573.6 gram, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Aminuddin Amir, 66.
Tertuduh memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi dan mahkamah kemudian menetapkan 2 dan 3 Oktober untuk prosiding bela diri.
Dia didakwa mengedar kanabis seberat 573.6 gram di pondok belakang rumah di Batu Kikir, Jempol pada 14 Sept 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi dan peguam G. Subramaniam Nair mewakili tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#pengedaran dadah
#kes mahkamah
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan