awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat terhempas di Elmina: Hanya satu mayat ditemukan dalam keadaan sempurna - KPN

Bernama
Bernama
17/08/2023
22:10 MYT
Pesawat terhempas di Elmina: Hanya satu mayat ditemukan dalam keadaan sempurna - KPN
Keadaan motosikal yang turut terbakar di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam, 17 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Hanya satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis BeeChcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, di sini, semalam, ditemukan dalam keadaan sempurna, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata, dalam kejadian di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di sini, petang semalam, kesemua mangsa terdiri daripada dua kru pesawat, enam penumpang, seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta.
Katanya, mayat sempurna itu ditemukan iaitu penunggang motosikal dan identiti mangsa dikenal pasti sementara menunggu proses pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh ahli keluarga.
"Identiti pemandu kereta belum dikenal pasti, sama ada ia merupakan pemandu Grab dan membawa penumpang ataupun tidak," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, malam tadi.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun adalah antara nama yang tersenarai dalam manifest penumpang pesawat tersebut pada jam kira-kira 2.50 petang semalam.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina, 10 terkorban
Turut tersenarai adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin; Shaharul Amir Omar; Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi; Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib.
Bagaimanapun, Loke berkata, identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden itu akan disahkan melalui siasatan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas di Elmina
#satu mayat sempurna
#pesawat Beechcraft Model 390
#Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan