awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peserta piket ‘Kepung Demi Palestin’ terima notis turunkan khemah

Sinar Harian
Sinar Harian
27/12/2023
10:33 MYT
Peserta piket ‘Kepung Demi Palestin’ terima notis turunkan khemah
Beberapa khemah yang sudah diturunkan susulan notis dikeluarkan oleh pihak berkuasa jam 3 pagi tadi. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Peserta piket ‘Kepung Demi Palestin’ menerima notis daripada pihak berkuasa supaya menurunkan lima khemah yang didirikan berhampiran Kedutaan Besar Amerika Syarikat di sini pada jam 3 pagi tadi.
Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Amir Hadi berkata, walaupun akur dengan arahan tersebut, mereka tetap akan meneruskan piket itu sehingga 31 Disember ini.
Menurutnya, setakat ini mereka tidak mengingkari sebarang arahan daripada pihak polis malah memberi kerjasama dengan baik.
“Pihak polis bukan musuh dan kita juga memaklumkan untuk memberi kerjasama penuh sepanjang himpunan diadakan.
“Mereka (pihak berkuasa) juga cuba untuk merobohkan sendiri khemah pada jam 3 pagi tadi walaupun kita sudah maklumkan untuk turunkan perlahan- lahan.
“Alhamdulillah ada juga pihak berkuasa yang datang pagi tadi, tetapi mereka tidak membuat sebarang tindakan dan keadaan agak tenang di sini,” katanya ketika ditemui petugas media pada Rabu.
Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan, peserta piket 'Kepung Demi Palestin' dinasihatkan supaya tidak mendirikan sebarang khemah di sekitar kawasan Kedutaan Amerika Syarikat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, buat masa ini pihaknya tidak akan meminta peserta untuk bersurai, sebaliknya memberi keutamaan dari segi menjaga keselamatan orang awam dan kedutaan-kedutaan asing sepanjang penganjuran piket tersebut.
Sementara itu, Amir berkata, mereka akan terus bertahan di kawasan tersebut walaupun keadaan cuaca tidak menentu.
Jelasnya, usaha tersebut merupakan jihad kecil rakyat Malaysia terhadap Palestin.
“Kita akan tetap berada di sini tidak kira sama ada hujan, ribut atau taufan sekalipun.
“Setakat ini kami hanya mampu berhimpun mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak untuk berhimpun," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kepung demi palestin
#Kedutaan Amerika Syarikat
#Khemah
#kekejaman israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan