awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesta Tanglung, Pameran Bunga di Kuil Fo Guang Shan Dong Zen bermula 19 Jan

Bernama
Bernama
13/01/2023
22:20 MYT
Pesta Tanglung, Pameran Bunga di Kuil Fo Guang Shan Dong Zen bermula 19 Jan
Pengunjung teruja melihat replika tanglung dan maskot arnab yang menghiasi taman kuil sempena Festival Tanglung dan Bunga 2023 bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina di Kuil Fo Guang Shan. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Pesta Tanglung dan Pameran Bunga-Bungaan sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan berlangsung di Kuil Fo Guang Shan Dong Zen, Jenjarom, Kuala Langat dari 19 Jan hingga 5 Feb ini.
Timbalan Abbess Fo Guang Shan Petaling Jaya SS3 iaitu Ru Xing berkata kawasan seluas 6.47 hektar di mana tanglung ditempatkan di kuil itu bakal menyerupai tema 'Alice in Wonderland' dan pesta tersebut adalah terbuka kepada orang awam dari 10 pagi hingga 10 malam.
Beliau berkata pesta itu akan turut menampilkan tanglung utama berukuran 30 kaki yang bertemakan arnab.
Satu lagi tanglung ialah 'Happy Birthday To You' yang bertemakan kek hari jadi untuk mendatangkan kegembiraan kepada golongan kanak-kanak.
"Setiap tahun, tema utama meraih perhatian ramai dan pada tahun ini, pesta tanglung cuba memberikan pengalaman berbeza kepada mereka," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Selain itu, Ru berkata pesta tersebut akan menampilkan kesan visual 3D Avalokitesvara Bodhisattva supaya orang ramai boleh melihat beliau seolah-olah berada di hadapan mereka, memegang vas putih serta merenjiskan air embun dengan kayu willow, memberkati semua orang agar sentiasa dalam keadaan aman dan bertuah.
Beliau berkata tema utama bagi pesta tanglung ialah amanat Tahun Baharu Cina Master Hsing Yun iaitu 'May benevolence and harmony bring peaceful wellbeing, let abundance and joy yield auspiciousness in our lives.'
Ru berkata sekurang-kurangnya 500,000 orang dijangka hadir memeriahkan pesta tanglung dan pameran bunga-bungaan itu.
Perasmian pesta dan pameran itu akan berlangsung pada 19 Jan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Perpaduan Negara Aaron Aro Dagang dijadualkan menjadi tetamu utama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesta tanglung
#Tahun Baharu Cina
#Kuil Fo Guang Shan Dong Zen
#Ru Xing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan