awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia pikul tugas baharu di 10 Downing Street

Bernama
Bernama
08/08/2024
11:16 MYT
Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia pikul tugas baharu di 10 Downing Street
Terry secara rasmi akan memikul tugas baharunya di No 10 Downing Street awal bulan depan. - Gambar fail/www.gov.uk
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry dilantik sebagai Setiausaha Sulit Hal Ehwal Luar Negeri Perdana Menteri United Kingdom (UK), Suruhanjaya Tinggi di sini mengumumkan pada Khamis.
Terry secara rasmi akan memikul tugas baharunya di No 10 Downing Street awal bulan depan, kata Suruhanjaya Tinggi dalam kenyataan.
Ini menandakan kali pertama Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia dicalonkan sebagai Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri.
"Ini adalah satu keistimewaan yang besar," kata Terry mengenai pelantikan baharunya.
"Perdana Menteri Keir Starmer telah menetapkan rancangan bercita-cita tinggi untuk negara. Saya berbesar hati diberi peluang ini untuk berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri," katanya.
Mengimbas kembali tugasnya di Malaysia sejak Ogos tahun lepas, Terry berkata beliau dan pasukannya telah mengukuhkan perkongsian UK-Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan, teknologi, pendidikan, iklim, pertahanan dan keselamatan.
"Saya telah melawat banyak negeri dan keluarga saya dan saya telah mendapat begitu ramai kawan di seluruh Malaysia. Kami akan merindui rakyat, pemandangan, bunyi, bau dan citarasa Malaysia," katanya.
David Wallace, yang telah menjadi Timbalan Pesuruhjaya Tinggi sejak 2022, akan menggalas sebagai Kuasa Usaha bermula 29 Ogos untuk memastikan kesinambungan kerja Suruhanjaya Tinggi semasa peralihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesuruhjaya tinggi british ke malaysia
#Ailsa Terry
#No 10 Downing Street
#Keir Starmer
#Setiausaha Sulit Hal Ehwal Luar Negeri Perdana Menteri UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan