awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka diberi tugasan baharu

Bernama
Bernama
12/12/2017
21:55 MYT
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka diberi tugasan baharu
Wan Zaidi (gambar) akan menjalankan fungsi yang sama semasa kejayaan Malaysia mempengerusikan ASEAN pada 2015, menurut Wisma Putra. - Gambar fail
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka Wan Zaidi Wan Abdullah dipanggil kembali ke Kementerian Luar bagi menerima tugasan baharu.
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata pergerakan Wan Zaidi itu telah dirancang dan beliau akan mengendalikan satu tugasan penting berkaitan Malaysia, mempengerusikan Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang dijadualkan pada April 2020.
Menurut kenyataan itu, mengambil kira skala CHOGM yang melibatkan 52 negara, ia memerlukan persediaan awal untuk memastikan kejayaannya.
"Wan Zaidi akan menjalankan fungsi yang sama semasa kejayaan Malaysia mempengerusikan ASEAN pada 2015," kata Wisma Putra.
Baru-baru ini dilaporkan Malaysia memanggil balik wakil diplomasinya di Sri Lanka beberapa hari sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di negara itu bagi mengadakan lawatan rasmi dua hari bermula 17 Dis ini.
Wisma Putra berkata seorang pegawai berpengalaman dari kementerian telah ditugaskan sementara ke Sri Lanka dan Maldives bagi memastikan kejayaan lawatan perdana menteri di kedua-dua negara berkenaan.
Malaysia mempunyai hubungan yang kukuh dan mesra dengan Sri Lanka serta Maldives dan lawatan itu dijangka terus memperkukuh hubungan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#CHOGM
#Kementerian Luar
#lawatan rasmi
#Najib Razak
#panggil balik
#Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
#Sri Lanka
#Wan Zaidi Wan Abdullah
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan