awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petani petik timun elak rugi musim tengkujuh

Bernama
Bernama
03/12/2021
10:33 MYT
Petani petik timun elak rugi musim tengkujuh
Menurut Che Husain, tanaman timunnya telah memasuki musim keempat dan dijangka habis dikutip pada 22 Disember depan. - Bernama
PASIR MAS: Pengusaha timun di Kampung Kok Pauh, Rantau Panjang di sini, Che Husain Ismail terpaksa mengutip hasil tanamannya lebih awal bagi mengelak kerugian susulan hujan lebat yang berlarutan.
Katanya, 3,000 tanaman timun dalam beg politena yang diusahakan sejak Februari lepas, perlu diselamatkan kerana kawasan itu sering dilanda banjir.
"Tanaman timun ini telah memasuki musim keempat dan dijangka habis dikutip pada 22 Disember depan.
Namun, memandangkan ketika ini musim tengkujuh dan hujan lebat sejak petang kelmarin, saya mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengutip timun yang telah matang, kerana khuatir akan ditenggelami banjir sekiranya hujan masih berterusan dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kebunnya, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Che Husain,61, berkata sekiranya tindakan itu tidak diambil, beliau mungkin mengalami kerugian besar yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Rantau Panjang itu berkata, hujan yang berterusan akan menjejaskan kualiti buah timun kerana berlaku lebihan air, sehingga boleh merosakkan pokok dan tidak menjalar dengan sempurna.
"Jika bukan musim tengkujuh, saya mampu mengutip hasil timun ini antara 18 hingga 20 tan bagi satu musim, namun kini (musim tengkujuh) saya jangkakan hanya sekitar lima atau enam tan sahaja.
Sekiranya tidak sempat untuk mengutip (timun) dan kawasan tanaman ini dilanda banjir, saya reda dan akur dengan ketentuan Allah," katanya yang dibantu enam pekerja untuk mengutip hasil dalam tempoh 10 hari lagi di kawasan berkeluasan 0.4 hektar itu.
Sementara itu, menurut portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, setakat 4 petang ini, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Rantau Panjang merekodkan paras amaran dengan bacaan masing-masing pada 8.31 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengusaha timun
#tengkujuh
#hujan lebat
#Kampung Kok Pauh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan